Saturday, September 5, 2009

Masak Lemak Ikan Kembung

Resepi Masak Lemak Ikan Kembung

Bahan-bahannya:
  • ikan kembung/ curut/selayang -digoreng berasingan
  • santan
  • serbuk kunyit
  • halia, bawang besar dan bawang putih- ditumbuk
  • asam keping
  • serai
  • air
  • cili hijau



Masak Lemak

Cara-caranya;
  • masukkan semua bahan kedalam periuk
  • masak sehingga mendidih dan pecah minyak
  • masukkan ikan goreng

Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap:
Bahan-bahan:
  • Ayam- dipotong kecil dan perap dgn garam & kunyit- goreng separuh masak
  • Bawang besar, bawang putih, halia-dihiris halus
  • Serai, daun pandan dan daun kari
  • Tomato dipotong dadu
  • Cili hijau
  • Cili merah dihiris untuk hiasan
  • Pes cili / serbuk cili
  • Kentang dipotong nipis
  • Kicap manis
  • garam dan gula
  • minyak



Cara-caranya:
  • tumis bawang-bawang serta daun kari, daun pandan, serai dan halia
  • masukkan cili pes serta sedikit kunyit serbuk
  • masak sehingga pecah minyak
  • masukkan kentang- masak sehingga lembut
  • masukkan ayam yg telah digoreng separuh masak
  • masukkan sedikit air dan garam serta gula
  • tambahkan kicap mengikut jumlah yang disukai
  • apabila masak, hiaskan dengan cili merah dan bawang besar


Kicap telah dimasukkan- kicap manis

Ayam masak kicap -




Kentang baru dimasukkan kedalam masakan

Sambal Petai

Resepi Sambal Petai:

Bahan-bahan untuk resepi sambal petai:
  • petai- kupas kulit
  • udang
  • bawang besar, bawang putih- ditumbuk bersama belacan
  • cili pes/ serbuk cili
  • minyak untuk menumis
  • sedikit air
  • gula dan garam

Cara-caranya:

  • panaskan minyak dan tumis bawang yg telah ditumbuk
  • goreng sehingga kuning dan masukkan cili pes
  • tambahkan sedikit air
  • masak sehingga pecah minyak
  • masukkan petai, garam dan gula
  • masukkan udang



Masukkan petai yang telah dikupas ke dalam kuah





Masukkan udang setelah petai hampir masak

Sambal petai yang telah sedia untuk dihidang